Tawaran Waqaf & Infaq Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir Rantau

Tawaran Waqaf & Infaq Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir Rantau

ANDA SEDANG BUNTU DENGAN MASALAH HIDUP?

MAHU DIGANDAKAN REZEKI?

MAHU DISEMBUHKAN PENYAKIT?

MAHU HAJAT ANDA DIMAKBULKAN ALLAH?


Apa kata ubati masalah anda dengan BERSEDEKAH.


Ini peluang terbaik untuk anda sempena Ramadhan kali ini. Setiap sedekah anda pahalanya diganda-gandakan oleh Allah beribu kali ganda. Jika bertepatan pula dengan malam lailatulqadar, maka sangat beruntunglah para penyumbang.


Jom tingkatkan amalan Ramadhan dengan menggandakan sedekah.

Ayuh bersama kami dalam projek pembinaan semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir Rantau N.Sembilan.


TAWARAN INFAQ & WAQAF PEMBINAAN SEMULA SURAU TELAH DIBUKA


Sasaran Fasa 1 :

RM150 000


Kegunaan :

1. Merobohkan struktur lama surau yang rosak teruk akibat banjir, tanah mendap, dinding rosak dan kayu-kayu dimakan anai-anai

2. Merobohkan tandas lama yang sudah rosak dan menggantikan dengan yang baru

3. Menambak tanah surau yang sudah mendap

4. Membina tembok dan tiang konkrit yang lebih kukuh

5. Menukar kayu atap lama kepada besi biru & mengganti atap lama kepada atap baru

6. Membina menara speaker azan berketinggian 30 kaki

7. Meluaskan dewan makan

8. Meluaskan ruang solat lelaki & wanita

9. Rawatan anai-anai dan serangga perosak



 Gambar depan surau



Kayu siling rosak dimakan anai-anai



Kesan atap bocor dan kayu bahagian dalam dimakan anai-anai



Tukang membuka sebahagian besar siling dan kayu rosak



Siling dan kayu dibuka untuk buat semburan rawatan anai-anai



Gotong royong ahli kariah Kampung Pasir sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak



Gambaran contoh menara speaker untuk laungan azan setiap waktu setiap hari


Mengapa anda perlu menyumbang untuk projek Waqaf Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin ini?

 Ini adalah surau kampung, di mana ahli kariahnya hanyalah kerja kampung, warga emas, warga pencen. Maka sudah pastilah sumber kewangan kami terhad

 Jika tiada dana sumbangan daripada anda, lambat laun semakin banyak kerosakan akan menimpa dan semakin tinggi kos yang terpaksa ditanggung

 Proses memohon dana dari pihak berwajib memakan masa yang panjang dan prosedur yang banyak, jadi hanya dengan sumbangan awam proses bina semula dan baik pulih dapat disegerakan


Sehubungan itu,


Sempena Ramadhan Al Mubarak ini kami membuka peluang pada semua ummat Islam di seluruh dunia untuk bersama membina rumah Allah ini. Pasti setiap satu butir pasir dan simen ini akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak, insyallah. Bahkan Allah akan gantikan dengan singgahsana yang hebat di akhirat kelak. Amin.


Ayuh menyumbang walaupun sekadar RM1


"Kami seluruh jemaah dan AJK Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir mendoakan semoga semua para penyumbang yang budiman, agar anda dimudahkan urusan, diberikan kesihatan, digandakan rezeki dan dimakbulkan semua impian, Amin"


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Waqaf Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir RM1000
Waqaf Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir RM100
Waqaf Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir RM10
Waqaf Pembinaan Semula Surau Riadhul Falihin Kampung Pasir RM1
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN